Saturday, December 19, 2009

'Pelempang' Untuk Pemimpin

Seorang pemimpin tersohor yang sedang marah datang 'menyerang' seorang ulama dan berkata:
" Kami sangat memerlukan pahlawan berilmu seperti awak dan kami menjemput awak ke sini kerana hendak mengambil faedah dari ilmu awak yang luas itu.
Tetapi awak sedang memecah belahkan kami dengan menekankan KEPENTINGAN SEMBAHYANG! Sembahyang ialah soal peribadi. Sesiapa pun tidak berhak menggugat kebebasan orang perseorangan!"


Setelah membaca beberapa ayat Al-Quran yang menyentuh tentang sembahyang dan lepas itu berkata:
" Tuan, sembahyang ialah petanda pertama untuk mengenali seorang Islam. Sesiapa yang menolak sembahyang adalah pemberontak.

Memang betul sembahyang adalah soal peribadi, akan tetapi siapakah hendak percaya bahawa orang yang tidak menunaikan kewajipan terhadap Allah dapat melaksanakan tugas-tugas negara dengan baik?
Memang betul setiap orang bertanggungjawab atas diri masing-masing, akan tetapi apabila setiap orang membentuk satu masyarakat maka tanggungjawab tadi menjadi tanggungjawab bersama .

Adalah menjadi kewajipan wakil-wakil negara untuk menjalankan tindakan mereka menurut agama negara mereka. Andainya seorang manusia , lebih-lebih lagi para pemimpin sesebuah negara, tidak mahu tunduk kepala mereka kepada Allah, maka siapakah yang akan menahan mereka daripada sujud kepada pihak lain?

Penyembahan terhadap Allah membina keyakinan di dalam diri manusia dan ianya juga menahan manusia sujud kepada manusia lain.

Sebab itulah saya rasa perlu sekali pemimpin-pemimpin negara menyembah hanya Allah dan memenuhi segala kewajipan terhadapNya. Dengan cara ini mereka tidak akan lalai dalam memnentukan masa depan negara mereka."

*Pemimpin yang diceritakan adalah Mustafa Kamal Pasha(Attaturk) dan ulama yang lantang menyuarakan pendapat dan tak jemu mendaulahkan Islam kembali di bumi Turki tersebut adalah USTAZ BADIUZZAMAN SA'ID NURSI.

Dipetik dari buku 'USTAZ BADIUZZAMAN SA'ID NURSI ,PEJUANG DAN ULAMAK TURKI YANG TABAH DAN GIGIH'-diterbitkan oleh Wan Jaffree Wan Sulaiman

No comments:

Post a Comment