Monday, January 19, 2009

Bila Baulu Menjadi Guru

Mengikut kamus Opah saya nama baulu mungkin hasil revolusi daripada perkataan sebenarnya iaitu BUAHULU.

Atau mungkin inventor asal kuih ini mendapat namanya ketika terdengar bicarawara seorang Cina dengan kawannya yang tak mandi tiga hari: “ Bau lu punya pasal wa penin seminggu woo!”
Cukup-cukupla merapu.

Baulu tidak asing dalam masyarakat kita . Baulu sentiasa dekat di perut hati kita. Baulu tidak pernah dilupakan. Ia cantik tersusun baik dalam bekas kaca untuk jamuan Hari Raya ataupun dulang hantaran perkahwinan. Bentuk baulu juga mengalami revolusinya tersendiri, dari darat (bentuk ala-ala kubah) sehinggalah ke laut (bentuk ikan emas dan bentuk scallops)

Apa bahan asas membuat baulu?

Tepung , Gula dan Telur.
Ringkas sahaja bahannya. Mudah dijumpai tetapi tidaklah murah dibeli (ekoran kenaikan harga barang yang menjadi-jadi)

Oh, saya bukannya hendak mengajar bagaimana membuat baulu kerana saya bukanlah pembuat baulu yang baik melainkan pembeli baulu yang cemerlang sahaja.

Bagaimana menentukan baulu yang berkualiti ?

Baulu yang sedap dan berkualiti mempunyai ciri ringan dan fluffy (gebu-gebu gitu).

Senang ke nak buat baulu?

Susah. Lebih susah dari membuat Almond London yang glamour tu. Silap haribulan baulu anda akan menjadi berat dan keras semacam. Tapi bagi orang yang berpengalaman lain ceritala.

Kak Saripah (bukan nama sebenar): “Kenapa baulu akak macam berat je dan tak gebu macam muka akak?
Banyak kemungkinanya kak.
1. Tepung tidak sesuai. Gunalah tepung berkualiti instead of tepung cap ayam.
2. Tepung mesti digoreng terlebih dahulu sehingga benar-benar kering sebelum dicampur dalam adunan.
3. Adunan tidak dipukul sehingga betul-betul kembang. Orang tua kata lebih baik pukul cara tradisional iaitu dengan senduk mahupun pemukul telur. Pukulan juga sabaiknya satu arah sahaja. Sambil-sambil tu selawat-selawatla sikit.
4. Perlu lebihkan kuning telur (Talking about diet?hehe)
5. Tahap suhu oven mesti sesuai. Kalau ikut cara tradisional, kita bakar guna sabut kelapa. Tapi tiada sabut, oven pun berguna. Manfaatkan teknologi yang ada.
6. Mood kena baik semasa membuat baulu. Apa yang kita lakukan adalah refleksi perasaan kita. Banyakkan zikir dan senyumla masa membuat baulu(erk…?), moga baulu anda semanis senyuman anda.^_^


Tidak ramai masyarakat sekarang tahu cara membuat baulu. Ramai juga yang tahu cara membuat baulu tapi malas membuatnya kerana potensi nak menghasilkan baulu yang ‘ngetop’ sangatla sukar(termasukla yang menulis ni). Tak apala, yang penting didik anak-anak kita kenal baulu sebagai kuih tradisional kita.



Baiklah, apa teladan yang boleh kita belajar daripada baulu?

Kaitkan baulu dengan solat kita.

Solat tidak sukar. 5 minit dah boleh selesai solat 4 rakaat(bergantung pada individu). Selesai 13 rukun solat, okla tu, sah dah la tu.

Dari konteks hukum, sempurna rukun maka sahla solat kita. Tapi berkualiti atau tidak solat kita?

Macam si baulu tadi, yang tidak berkualiti adalah yang keras dan berat. Macam tu jugala solat kita.

Nak tunai solat pun kita rasa berat. Macam taknya, cerita Hindustan tak habis lagi! Sampai part lagu je, tak cukup tanah kita lari ambil wuduk dan tunaikan solat sesegera mungkin. Takut terlepas part best beb!

Dan macam mana nak rasa kemanisan dan kehalusan solat andai hati sekeras batu? Penuh dengan karat mazmumah. Nak capai taraf pra-kusyuk pun sukar. Kunci kereta hilang 20 tahun dulu pun boleh jumpa dalam solat. Dalam dok solat tu pun boleh pula rancang nak masak apa makan malam ni. Adoi, parahnya!


Solat tak sukar. Tetapi menghadirkan hati,jiwa dan fikiran dalam solat itu yang sukar. Pelbagai kitab cara nak capai kusyuk solat kita khatam, tapi tak pass jugak!
Alahai, lebih sukar dari membuat baulu! Tempat kena kodusif, pakaian kena bersih, fikiran kena fokus, hati kena cuci selalu, makna bacaan kena faham dan dihayati.

Well, macam bahulu jugaklah,
Nak dapat baulu yang ringan dan gebu kenala sabar, banyakkan latihan, rujuk orang berpengalaman atau baca buku berkaitan. InsyaAllah, solat tidaklah sesukar baulu, Malah lebih sedap dari baulu.Kata nak jadi mujahidah kan?^_^

Hidup Baulu!
*(Tolong jangan tanya saya soalan ni: “KENAPA BAULU?”….hehe)

1 comment:

  1. haha..tetiba rasa teringin nk makan baulu! (slalunya x pn..) bagus, post yg catchy n sedap..nyumm :P

    ReplyDelete